Neuro Linguistic Programming atau mudahnya disebut NLP adalah suatu sains dan seni kecemerlangan diri. Satu teknologi yang menunjukkan bagaimana manusia berfikir, beremosi dan menzahirkan kelakuannya.
Neuro ialah sistem otak dan saraf yang menjadi alat paling utama untuk membolehkan kita berfungsi. Sistem deria (Lihat, Dengar, Rasa, Bau, Rasa dengan lidah) menerima maklumat untuk diproses dan ditimbal balas.
Linguistic ialah bahasa lisan dan bukan lisan yang diproses dari maklumat yang kita terima. Setiap yang diterima diberikan makna yang menyebabkan kita beremosi dan bertimbal balas melalui kelakuan.
Programming adalah hasil bagaimana kita menyusun maklumat yang diproses tadi untuk digunakan sebagai timbal balas tertentu yang tersusun dan dizahirkan dalam bentuk pemikiran dan kelakuan. Kita mencipta tingkah laku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.

Comments